Backgrounds

Monday, October 31

KeNaPa KiTa DiTeMuKaN dEnGaN oRaNg YaNg SaLaH ??

wahh, rmai yg xthu npe kdang2 p'cntaan yg kte jlinkan ngan cOuple kte xb'akhir ngan kbhagiaankn .. hmm .. cdey gler lau Org yg kte syg pegi tggalkn kte sbb dah xde jOdOh antara ktekn .. cm akula ,, kdang2 aku slahkn tkdir sbb aku dah syg gler kat Org 2 .. tp aku b'sykur sgt pas aku bace sume kat bwh nie .. sO inilah fkta2 yg kOrg kne  thu sbb knpe kte d tmukn ngan Org yg salah sblOm Allah bg kte Org yg btOl2 d tkdirkn utk idOp kte .. slamat m'bace .. rnung2kan dan slamat b'amal .. (^_^)v


1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita mendapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


sO btOl xpe yg aku ckpkn ?? pas nie jgnla sskli kte slahkn tkdir yg dtg pd kte .. kte s'ptOtnye b'sykur n b'trime kaseh ngan ape jgk yg dtg pd kte .. aLhamdulilLah trime kaseh ya Allah .. :)

Monday, October 24

BeRbAhAgIaLaH WaHaI WaNiTa

assalamualaikum .. ape khabar blOgger sume ? aku hrap kOrg sume shat sntiase ,, insyaAllah .. Ok ari nie aku nak cte cket kat u alL sume .. ini mngenai wanita .. hehe ,, tp kbnykan lelaki xthu sume nie .. yg dOrg thu nak slahkn wnita klau blku pape .. erm, kOrg baceLa sndiri artikel yg aku cOpy nie .. sOryla aku nie bknnye pdai nak karang mngarang nie .. nie jela yg mmpu aku wt .. hehe ,, sO rnung2kn dan slamat b'amal .. (^_^)v



Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Perlu tutup sana, tutup sini,
Cuba lihat budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tidak bising.
Perempuan. Stoking perlu pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Pasti menangis air mata darah, kerana tidak tahan bertutup semua.
Tetapi, perempuan sentiasa sabar. Tengah panas masih boleh lagi memakai jubah.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit. Hendak pergi kelas pun susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan merasakan hendak meraung kerana kesakitan.
Cuba lihat budak lelaki , mereka nampak gembira. Kadang-kadang setahun sekali pun susah dapat sakit, tetapi sekali sakit, merungut bagai tidak ingat dunia.
Tetapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, masih boleh tersenyum menyimpan kesakitan yang dialaminya.
Hebatkan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Hati ini Allah S.W.T jadikan sangat lembut.
Hati cepat sensitif.
Cuba lihat orang putus cinta. Kebiasaannya perempuan yang paling susah hendak lupa.
Lelaki selepas putus cinta cepat mencari pasangan baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan, siapa yang paling teruk menangis?
Perempuan bukan? Lelaki masih boleh ketawa.
Sungguh lembut hati perempuan. Tetapi dengan hati yang lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tidak perempuan?
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Apabila hendak keluar ke mana-mana, sentiasa ketakutan. Kerana berita asyik-asyik keluar cerita orang kena rogol, kena culik.
Lelaki pukul dua pagi masih boleh keluar minum kopi tengok bola.
Siapa kata jadi perempuan itu senang?
Jika dirogol, perempuan disalahkan kata tidak jaga pakaian,
Apabila buang anak, perempuan disalahkan cakap berhati binatang,
Apabila buat salah sikit, kena marah dengan suami,
Apabila bising terlebih, kena label perempuan tidak sopan
Betapa susah hendak jadi perempuankan?
Disebabkan susahnya hendak jadi perempuan inilah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.
Mereka berkata, Allah S.W.T tidak adil.
Mengapa AllahS.W.T lebihkan lelaki?
Mengapa perempuan perlu dengar cakap suami?
Mengapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Walhal jadi perempuan itu sangatlah susah. Bak kata orang, hendak jaga sepuluh anak lelaki, tidak susah seperti menjaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif pada Allah S.W.T ini, ramai perempuan di luar sana yang ditolak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun!'
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki. Mereka sanggup gadaikan diri mereka kerana percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati.
Kasihan pada mereka bukan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah S.W.T, mereka sanggup rosakkan diri mereka.
Mereka berkata mereka lakukan seperti itu kerana Allah S.W.T tidak adil.
Persoalannya sekarang,adakah benar Allah S.W.T tidak adil pada perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami.
Tetapi, cuba ingat kembali, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa jika bukan pada kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami.
Tetapi, seorang anak lelaki perlu taat pada ibunya tiga kali lebih utama daripada ayahnya.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tetapi Allah itu sangat sayang pada perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
Jika paling banyak lelaki ada empat orang isteri.
Cuma ada empat orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki itu.
Tetapi perempuan, ditakdirkan ada lima belas orang anak lelaki.
Bermakna ada lima belas orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan itu.
Masya-Allah, hebatnya perempuan bukan?
Mengapa perempuan hebat?
Kerana kasih sayang Allah S.W.T yang menjadikan kita hebat!
Cuba didengari pula lagu-lagu yang berkumandang pada radio.
Banyak lagu berkaitan perempuan bukan?
Jarang kita dengar lagu berkaitan lelaki.
Sayang sungguh Allah S.W.T itu pada perempuan, hingga perempuan dikasihi seperti itu sekali di dunia ini.
Lihat pula apabila seorang lelaki berjaya.
Orang akan berkata, 'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'
Kita tidak pernah dengar orang berkata, 'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'
Sungguh hebat Allah S.W.T jadikan perempuan itu.
Masih tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?
Hakikatnya, Allah S.W.T terlampau adil pada perempuan.
Tidak adil lagikah Allah S.W.T pada perempuan?

Oh perempuan, sedarlah.
Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T  pada kita.
Tetapi, mengapa kita rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tidak berasas pada Allah S.W.T?
Allah S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.
Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.
Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.
Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia bukan?

Sunday, October 16

aPa ErTi CiNtA ??

haa, ari nie aku nak bncangkn tOpik yg agk mnarik .. kbnykan Org xthu ape mkne cinta .. yg dOrg thu cnta 2 indah n sggup lkukan ape sje demi cnta wlaupOn t'pkse mati .. hehe ,, sOryla pd spe2 yg agk t'ase tp aku cume nak luahkn ape yg t'jd kat dunia pd zaman skng nie .. hmm .. Ok2 aku xnak ckp byk2 sO jOm kte tgk srba sdkit mklumat yg aku nak kOngsi nie .. kpd ssiape yg bace atau t'bace silala kOmen ye .. slamat b'amal .. (^_^)v


♥ Melalui pandangan p'tama (umumnya ttg k'cantikan fizikal) : bile lelaki m'lihat wanita, maka b'tautlah hati n prasaan mereka b'dua utk trus b'sama.


 Melalui p'sahabatan (pengenalan peribadi) : b'mula dgn tali p'sahabatan dan d lanjutkan kpd p'cntaan krana msing2 tlah tanam kprcayaan t'hadap diri msing2 dan mereka rase mereka bOle b'sama dlm b'kOngsi mslah, suka duka dan crita b'sama.


♥ Melalui prestasi (bakat atau pOpular) : jatuh cnta krana bakat, krana ssOrg 2 pOpular dan mnybabkan scara tdak lgsung kte mmikatnya sehingga kte b'jaya ambil ati mreka.


♥ Melalui Org ktiga (Org tua atau shabat) : apabila m'dpt pstujuan dr k'dua belah phak maka ia akan d truskan atau d lnjutkan, sebaliknya jika msing2 tdak b'mnat atau sudah m'pnyai calOn sndiri.


♥ Melalui medium (telefOn atau internet) : m'jd sgt biase apabila b'temu d laman2 blOg, yahOo messenger, e-mel dan sbgainye, sO xhairanla cnta siber nie d katekan wujud.


♥ Melalui kesedaran utk b'juang b'sama (badan Organisasi atau grakan p'juangan) : apabila kte sring memerhatikan sgale tndak tnduknye, lmah lmbutnye dlm mlakukan ssuatu pkrjaan mhupOn krana krana kwibawaannye dlm mnguruskan bdn Organisasi, m'buatkan kte kgum dan ingin b'gabung dgn si dia.


♥ Melalui fktOr yg tdak t'duga (kes atau musibah) : apabila b'laku kes p'lggaran scara tdak sgje, jtuh tngga, air t'tumpah dan sbgainye, b'kmngkinan cnta b'putik ktike itu.


sO agk2 kOrgla, kOrg yg mne ye ?? ape plak mkne cnta bg kOrg ?? same2la kte pk n wt kputusan k .. gOod luck !

Thursday, October 13

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ..


td mse aku ngah bace2 1 artikel nie, aku t'jpe artikel kat bwh nie .. tjuk die cm best je aku tgk sO aku decide nak bace spai abs .. bile bace mkin lame mkin best lak artikel nie .. sbb kbnykan lelaki nie xthu ttg bde nie sume .. yg dOrg thu nak slahkn pOmpuan je .. sOryla bkn aku nak backup pOmpuan tp mmg hakikat .. hehe ,, haa, kOrg nak thu x artikel ttg pe yg aku mksdkn 2 ?? jOmla kte bace same2 ye .. slamat m'bace n slamat b'amal kOrg sume .. (^_^)v
SALAHKAH WANITA TAK TAHU MEMASAK ?
Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay jer. Ye dok ???
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki …

Wednesday, October 12

AwAk .. SaYa SaYaNg AwAk .. ♥♥♥

assalamualaikum .. hai kwn2 sume .. ari nie aku sje nak abskn mse kat blOg nie .. kOrg nak thu x, ari nie s'ari suntuk aku abskn mse ngadap blOg nie s'mate2 nak edit n mOdified blOg nie .. adOi spai juling2 mate aku n amy .. amacam kOrg Ok xblOg aku nie ?? haha ,, skng nie blOg aku dah 80% nak siap tp aku nak rhat jap sbb pnat asyk ngadap blOg je dr td .. hehe ,, Ok skng nie aku nak cte ssuatu kat yOu alL sume .. cte nie ttg sOmeOne yg dah hmpir bjye curi ati aku .. mule2 2 aku tkOt n ragu2 nak trime die dlm idOp aku .. yela aku dah ase serik kOt nak b'cnte .. bg aku laki sume same tp kali nie die dah bjye ubah perspektif aku ttg lelaki .. plikkn .. hehe ,, sOmeOne yg aku ckp 2 mmg baek .. bkn je baek tp mmg gentlemen la .. hehe ,, aku ngah cube s'daye upaye aku utk trime die dlm idOp aku .. wlaupOn ssah tp aku akn cube .. aku dah mule mnyayangi die n aku xnak khilangan die .. aku hrap die pOn cm aku jgk .. cm ne agknye nak luahkn prsaan aku kat die erk ?? lau die xbOle nak trime aku cm ne nt ,, malula aku nt .. hmm .. ahh ! skng nie aku xnak fkir sume 2 .. yg aku nak wt skng adalah trus syg n cntakn die spnuh ati aku, 2 je .. aku xnak khilangan die dlm idOp aku .. wlaupOn ktOrg dah jaOh aku ttap akn jge hbngan aku ngan die .. ya AlLah ,, smOge Kau ttapkn atiku nie .. andai aku d lhirkn dr tulang rsuknye, kekalknla die b'sameku .. dan andai die bkn dr tulang rsukku, kikiskanla die dr psOna mataku .. amin .. aLhamdulilLah trime kaseh ya AlLah krna m'buka pntu atiku nie utk mnrime cnta .. (^_^)v
COPYRIGHT ♥ ALL RIGHT RESERVED BY MARDIYA FAREEZA